Asal-usul Cherokee Br'er_Rabbit

Walaupun Joel Chandler Harris menghimpunkan bahan-bahan untuk siri buku terkenalnya yang menampilkan watak Br'er Rabbit pada 1870-an, namun kitaran Br'er Rabbit sudah pun dirakamkan terlebih dahulu di kalangan orang asli Cherokee; kisah "patung tar" tercetak dalam Cherokee Advocate edisi 1845,tahun kelahiran Joel Chandler Harris.[3]

Mitos arnab amat terkenal di kalangan kaum Indian Algonquin di Amerika Utara timur, khususnya yang bernama Nanabozho, sang Kelinci Besar yang dipuja sebagai dewa utama di kalangan puak-puak di Kanada timur.

Buku That the People Might Live: Native American Literatures and Native American Community (Bahawa Mereka Mungkin Masih Hidup: Sastera dan Masyarakat Pribumi Amerika) oleh Jace Weaver, membincangkan asal-usul Br'er Rabbit dan sebagainya. Untuk berhujah bahawa sesebuah cerita berasal dari satu budaya sahaja hanya terbukti benar apabila sekelompok kaum hidup terpencil sepenuhnya daripada kaum-kaum lain. Walhal kaum Cherokee sememangnya hidup terpencil dari orang Eropah pada zaman purbakala, namun ada juga benarnya bahawa mereka pernah berinteraksi dengan puak pribumi yang lain, pendatang Eropah dan juga kaum hamba abdi pada abad-abad ke-18 dan ke-19. Jika difahami sedemikian, adalah mustahil untuk memastikan sama ada kisah Cherokee ini mendahului kisah Amerika Afrika secara berasingan atau sebaliknya. Cerita disampaikan kepada pengembara dan pelawat di kawasan unggun api pada waktu malam, sebagai alat diplomasi yang mudah dikenang.